Friday, 28 October 2011

Riwayat Imam Bukhari


LATARBELAKANG
NamaMuhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbah
Nama PanggilanAbu Abdullah
Keturunan1. Al- Ju'fi : Ini adalah kerana nasab keturunan Arab, sebabnya : Al-Mughirah, adalah datuk kepada Imam Bukhari yang telah memeluk Islam di hadapan Al-Yaman Al-Ju'fi, lalu dinasabkan kepadanya sebagai nasab kepada pemimpin.
2. Bukhari : Ialah nisbah kepada negerinya.
KelahiranDilahirkan pada 13 Syawal tahun 194 H, pada hari Jumaat.
KematianImam Bukhari meninggal dunia pada tahun (256) Hijrah, pada malam Sabtu, malam Hari Raya Aidilfitri. Ketika itu beliau berusia 62 tahun.
Guru-Guru1. Abu Asim An-Nabil.
2. Makkiyah bin Ibrahim.
3. Muhammad bin Isa At-Tabba'.
4. Ubaidullah bin Musa.
5. Muhammad bin Salam Al-Bikandi.
6. Ahmad bin Hambal.
7. Ishak bin Mansor.
8. Khalad bin Yahya bin Safuan.
9. Ayub bin Sulaiman bin Bilal.
10. Ahmad bin Isykab.

Inactive hide details for ILMUILMU

ILMU
BilIlmuKeterangan
1HadisIlmu hadis ialah penjagaan atau hafalan beliau terhadap hadis dan pengetahuannya tentang sanad. Imam Bukhari telah mencapai tahap yang tinggi dalam ilmu ini.
2TafsirImam Bukhari telah memberi perhatian sebagaimana yang diberikan oleh seorang ahli hadis yang mengetahui sanad juga sebagaimana seorang ahli bahasa yang mengerti maksud lafaz-lafaz seperti seorang faqih mengeluarkan hukum-hakam.
3FekahPengetahuan Imam Bukhari yang banyak tentang Hadis, Bahasa Arab dan pengetahuannya sejak kecil tentang mazhab ahli fikir serta perbahasan hukum oleh para Sahabat dan para Taabi'een telah membolehkan beliau mengarang dalam bidang Fekah ketika berusia 18 tahun. Ketika itu beliau telah digolongkan sebagai seorang ahli fekah yang terkenal, seorang mujtahid yang terkemuka sehingga para syeikh yang mengetahui kecemerlangan beliau mengakuinya. Mereka ialah :
(i) Naim bin Hamad Al-Khaza'i
(ii) Muhammad bin Basyar
(iii) Abu Mus'ib Az-Zuhri
4Sejarah dan BiografiImam Bukhari telah menguasai bidang ini dan tiada seorang pun yang setanding dengannya. Beliau mengambil berat terhadap ilmu tersebut semenjak kecil lagi. Beliau telah mula mengarang berkaitan dengan ilmu sejarah dan biografi semasa muda. Beliau menceritakan tentang dirinya : "Ketika aku berumur 18 tahun, aku mula mengarang cerita-cerita para sahabat dan para Taabi'een, mengarang sejarah Madinah di sebelah Maqam Nabi s.a.w dan aku menulis kitab itu pada malam bulan mengambang."
Beliau berkata lagi : " Satu nama walaupun kecil nilainya aku tetap menganggap nama itu mempunyai cerita melainkan aku tidak mahu memanjangkan penulisanku."
Kitab yang beliau maksudkan sebagai sejarah ialah Kitab At-Tarikh Al-Kabir. Kitab ini adalah untuk menyempurnakan penyusunan beliau mengikut babnya. Beliau tidak meninggalkan seorang pun orang yang diambil ilmu darinya melainkan beliau menyebut nama orang tersebut dalam kitabnya At-Tarikh Al-Ausat dan As-Soghir yang menunjukkan keilmuan dan makrifatnya tentang biografi, tarikh kematian dan sejarah manusia.
5Jarah dan Ta'dilImam Bukhari merupakan orang yang pertama mengemukan ilmu Jarah dan Ta'dil. Beliau merupakan hafiz yang seolah-olah sanad hadis semenjak zaman sahabat sehinggalah zaman beliau dibawah penjagaannya. Beliau membezakan antara pencatit hadis serta menguasainya dengan orang yang mencampur aduk serta melakukan pembohongan. Imam Bukhari telah memperkatakan tentang masalah perawi hadis tentang kecacatan perawi dan memperelokkannya, tetapi beliau membuat perbezaan yang ketara kerana beliau berhati-hati terhadap lafaz-lafaz yang dikemukakan berhubung dengan masalah Jarah dan Ta'dil kerana dikhuatiri menyebut keaiban orang lain. Inilah antara sifat warak dan budi pekertinya.
6IlalIlmu ini membawa maksud kecacatan yang tersembunyi dalam hadis. Merupakan ilmu yang begitu terperinci dan paling rumit kerana tersembunyi. Melalui intipati pengetahuan beliau itulah telah terhasilnya kitab beliau yang agung iaitu Kitab As-Sahih. Ahli hadis yang tidak memahami serta tidak memberi pengamatan yang baik terhadap ilmu ini maka kebiasaannya ia tidak mampu untuk menyusun kitab hadis yang membezakan antara hadis sahih dan tidak sahih.
7BahasaImam Bukhari tidak masyhur atau cemerlang dengan ilmu bahasa kerana beliau sibuk dengan ilmu lain tetapi beliau pada zahirnya telah menguasai sebahagian ilmu tersebut yang merupakan ilmu alat semestinya dikuasai untuk mendalami serta memahami ilmu lain. Tanda-tanda yang menunjukkan bahawa beliau menguasai ilmu bahasa ialah sebagaimana yang telah beliau tulis dibeberapa tempat dalam Kitab As-Sahih berhubung dengan tafsir ayat-ayat Al-Quran yang susah serta gesaan beliau.

No comments:

Post a Comment