Sunday 30 October 2011

taubat

assalamualaikum


kita hanya mempunyai 1 ja perluang hidup didunia jd gunakanlah dengan sbaik mungkin untuk merebut tket tuk ke syurga yg kekal abadi......rugi lah klau kita mempersiakan hidup kita dgn perkara yg bukan-bukan,kita bkan nya kucing yg percayai sesetgh glongan yg mempunyai 7 nyawa....sbaliknya kita hnya ada satu ja nyawa jd rugilah klau kita tak gunakannya dgn sbaiknya...jgan ditnya apa gjaran yg akn diberikan olh allah jka berbuat sesuatu sbaliknya kita kena tnya diri kita apa yg kita lakukan untuk mendapat keberkatanya....mari lah kita plng kjaln allah sesunguhnya allah maha menerima taubat hambanya.........

hikmah mempecepatkan solat

SABDA Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwuduk dengan wuduk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan rukuknya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar
Riwayat Muslim

hikmah dari allah

Di dalam arus hidup yang sering bergelora dengan bermacam ujian dan fitnah maka tidak semudah itu pula kita harus mengalah dan mengaku kalah. Sedangkan di sekeliling kita terdapat peringatan dan panduan demi memantapkan jiwa yang utuh dan budi yang luruh yang sedia menghadapi arus gelombang kehidupan. Apatah lagi dunia yang sedang berarak ke alam kecanggihan dan kemajuan ini tentu sahaja ujian dan fitnah yang melanda umat lebih besar dan mengganas.
Namun apapun yang akan menimpa hidup manusia sebenarnya adalah suatu penilai diri di sisi Allah SWT. Tanpa ujian dan dugaan dalam hidup manusia itu tidak tahu sejauh mana iman dan amalnya terhadap Allah SWT. Dalam erti kata yang lain, apakah benar-benar seseorang itu beriman dengan mengamalkan segala perintah-Nya serta meninggalkan laranganNya atau dia masih menjadi mukmin yang 'asi dan derhaka kepada Allah. Lantaran itulah penulis buku ini membawa kita jauh menyingkap segala hikmah Allah yang terkandung di atas apa yang berlaku ke atas umat manusia, dahulu, kini dan akan datang.
Sesungguhnya ini semua akan memberi kepada kita lebih-lebih lagi sebagai orang yang berjuang untuk kebenaran agama, garis panduan dan benteng ketahanan diri di dalam mengharungi segala ranjau dan duri dalam menegakkan Islam di muka bumi ini.

Saturday 29 October 2011

ibu bapa harus di hormati

assalamualaikum hati tersentuh hati bila melihat org tua di rumah org tua2 dgan keadaan mereka yg di tngglkan oleh anak2.....dimana ltaknya perasaan syg,hormat,terhdap kdua ibu bapa?????knapa mereka x igat jasa2 kdua ibu dan bapa....yg bersusah pyah membsrkan mereka.....mereka x fkir yg dunia itu blat apa mereka buat skrng x kan psing kpda mereka...mereka lupa yg mereka jugak ada anak dan x mustahil yg anak2 mereka akan buat benda yg sama  mcm mn mereka buat terhadap ibu dan bapa..........igat kita kena setiasa mejga serta berbakti kpda ibu dah ayh smetra mreka hidup....igat lah tman,harta, dan darjat kita blh cari tertp kita hnya ada satu mak dan satu ayh yg membawa kita kesini jd hendak lah kita mjganya dan jgn skiti hati mereka...kerana itu adalah satu tkt ke syurga..........

Friday 28 October 2011

Riwayat Imam Muslim


LATARBELAKANG
NamaMuslim bin Al-Hajjaj bin Muslim bin Ward
Nama PanggilanAbu Al-Husin
Keturunan1. Al- Qusyairi : Nisbah kepada kabilah tempat kehidupan beliau. Mengikut sesetengah riwayat beliau adalah berbangsa Arab dan ada yang berpendapat bahawa beliau dinasabkan kepada Qusyairi iaitu nisbah kepada bangsa ajam (bukan Arab).
2. An-naisaburi : Nisbah kepada negeri tempat tinggal beliau di Naisabur iaitu sebuah bandar besar yang terletak di Khurasan.
KelahiranPara ulama tidak dapat memastikan tahun kelahirannya, sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa beliau dilahirkan pada tahun (204) Hijrah dan ada yang berpendapat beliau dilahirkan pada tahun (206) Hijrah.
KematianImam Muslim meninggal dunia pada hari Ahad bulan Rejab iaitu pada tahun (261) Hijrah ketika berusia dalam lingkungan 50-an.
Guru-Guru1. Abdullah bi Muslamah Al-Qa'nabi.
2. Ahmad bin Hambal.
3. Ishak bin Rahawiyah.
4. Yahya bin Mu'in.
5. Ishak bin Mansor.
6. Abu Bakar bin Abu Syaibah.
7. Abdullah bin Abdul Rahman Ad-darimi.
8. Abu Kuraib Muhammad bin Al-A'la.
9. Muhammad bin Abdullah bin Numair.
10. Abdul bin Humaid.

Inactive hide details for ILMUILMU

ILMU
Bil
    Ilmu
Keterangan
1
HadisMaksudnya pengetahuan tentang susunan hadis mengikut sanad dan matanya, dan juga menjaga Nas Hadis. Pengetahuan tentang perselisihan dan penambahan, perbezaan Sahih dengan Dhaif Marfuk, Mauquf dan Maqtuk. Imam Muslim pakar dalam bidang ini, sudah memadai (sahihnya) dikira sebagai kitab sahih yang kedua asas sunnah, ramai yang tertumpu kepada beliau selepas Imam Bukhari. Beliau terus mengumpul hadis selama 15 tahun . Juga membetulkan dan memilih sehingga selesai menyebabkan kedudukan karangan beliau diangkat oleh Allah sebagaimana Al-Hafiz Ibnu Salah berkata, " Allah telah mengangkat kitab karangan As-Sahih kepada kedudukan yang tinggi dan beliau sebagai imam yang dijadikan hujah, disebut-sebut dan dihormati dalam ilmu hadis serta ilmu-ilmu lain".
2
Biodata PerawiIlmu ini adalah asas yang dipegang oleh pakar hadis untuk membezakan sanad-sanad dan mengenalinya. Imam Muslim amat pakar dalam bidang ini, beliau mengetahui nama-nama, gelaran keturunan dan sejarah serta kematian dengan keilmuan pengetahuan yang tinggi serta terperinci.
3
Jarah dan Ta'dilIlmu ini adalah kritikan terhadap perawi hadis dan membezakan antara yang dapat dipercayai (Siqah) dengan yang Dhaif. Sesiapa yang ingin memisahkan antara hadis Sahih dan Dhaif tidak akan mampu kecuali setelah mendalami ilmu ini secara terperinci. Imam Muslim adalah orang yang paling mahir dalam bidang ini, membahasakan ilmu meriwayat hadis, ilmu Jarah dan Ta'dil. Beliau juga menyatakan mengenainya dalam pendahuluan kitab sahih.
4
Kaji Selidik HadisImam Muslim amat mendalami dan memahami ilmu ini serta mengerti bahasa yang sulit. beliau berpegang kepada kefahaman yang tepat, pengetahuan tentang sunah-sunah dan Athar. Imam Muslim dianggap antara orang yang terkemuka dikalangan pakar ilmu tersebut. Beliau banyak berbincang dan mengkaji dalam bidang ini dengan baik, tepat dan kemas serta sempurna malah banyak karangan beliau yang amat bernilai dalam bidang ini.

Riwayat Imam Bukhari


LATARBELAKANG
NamaMuhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbah
Nama PanggilanAbu Abdullah
Keturunan1. Al- Ju'fi : Ini adalah kerana nasab keturunan Arab, sebabnya : Al-Mughirah, adalah datuk kepada Imam Bukhari yang telah memeluk Islam di hadapan Al-Yaman Al-Ju'fi, lalu dinasabkan kepadanya sebagai nasab kepada pemimpin.
2. Bukhari : Ialah nisbah kepada negerinya.
KelahiranDilahirkan pada 13 Syawal tahun 194 H, pada hari Jumaat.
KematianImam Bukhari meninggal dunia pada tahun (256) Hijrah, pada malam Sabtu, malam Hari Raya Aidilfitri. Ketika itu beliau berusia 62 tahun.
Guru-Guru1. Abu Asim An-Nabil.
2. Makkiyah bin Ibrahim.
3. Muhammad bin Isa At-Tabba'.
4. Ubaidullah bin Musa.
5. Muhammad bin Salam Al-Bikandi.
6. Ahmad bin Hambal.
7. Ishak bin Mansor.
8. Khalad bin Yahya bin Safuan.
9. Ayub bin Sulaiman bin Bilal.
10. Ahmad bin Isykab.

Inactive hide details for ILMUILMU

ILMU
BilIlmuKeterangan
1HadisIlmu hadis ialah penjagaan atau hafalan beliau terhadap hadis dan pengetahuannya tentang sanad. Imam Bukhari telah mencapai tahap yang tinggi dalam ilmu ini.
2TafsirImam Bukhari telah memberi perhatian sebagaimana yang diberikan oleh seorang ahli hadis yang mengetahui sanad juga sebagaimana seorang ahli bahasa yang mengerti maksud lafaz-lafaz seperti seorang faqih mengeluarkan hukum-hakam.
3FekahPengetahuan Imam Bukhari yang banyak tentang Hadis, Bahasa Arab dan pengetahuannya sejak kecil tentang mazhab ahli fikir serta perbahasan hukum oleh para Sahabat dan para Taabi'een telah membolehkan beliau mengarang dalam bidang Fekah ketika berusia 18 tahun. Ketika itu beliau telah digolongkan sebagai seorang ahli fekah yang terkenal, seorang mujtahid yang terkemuka sehingga para syeikh yang mengetahui kecemerlangan beliau mengakuinya. Mereka ialah :
(i) Naim bin Hamad Al-Khaza'i
(ii) Muhammad bin Basyar
(iii) Abu Mus'ib Az-Zuhri
4Sejarah dan BiografiImam Bukhari telah menguasai bidang ini dan tiada seorang pun yang setanding dengannya. Beliau mengambil berat terhadap ilmu tersebut semenjak kecil lagi. Beliau telah mula mengarang berkaitan dengan ilmu sejarah dan biografi semasa muda. Beliau menceritakan tentang dirinya : "Ketika aku berumur 18 tahun, aku mula mengarang cerita-cerita para sahabat dan para Taabi'een, mengarang sejarah Madinah di sebelah Maqam Nabi s.a.w dan aku menulis kitab itu pada malam bulan mengambang."
Beliau berkata lagi : " Satu nama walaupun kecil nilainya aku tetap menganggap nama itu mempunyai cerita melainkan aku tidak mahu memanjangkan penulisanku."
Kitab yang beliau maksudkan sebagai sejarah ialah Kitab At-Tarikh Al-Kabir. Kitab ini adalah untuk menyempurnakan penyusunan beliau mengikut babnya. Beliau tidak meninggalkan seorang pun orang yang diambil ilmu darinya melainkan beliau menyebut nama orang tersebut dalam kitabnya At-Tarikh Al-Ausat dan As-Soghir yang menunjukkan keilmuan dan makrifatnya tentang biografi, tarikh kematian dan sejarah manusia.
5Jarah dan Ta'dilImam Bukhari merupakan orang yang pertama mengemukan ilmu Jarah dan Ta'dil. Beliau merupakan hafiz yang seolah-olah sanad hadis semenjak zaman sahabat sehinggalah zaman beliau dibawah penjagaannya. Beliau membezakan antara pencatit hadis serta menguasainya dengan orang yang mencampur aduk serta melakukan pembohongan. Imam Bukhari telah memperkatakan tentang masalah perawi hadis tentang kecacatan perawi dan memperelokkannya, tetapi beliau membuat perbezaan yang ketara kerana beliau berhati-hati terhadap lafaz-lafaz yang dikemukakan berhubung dengan masalah Jarah dan Ta'dil kerana dikhuatiri menyebut keaiban orang lain. Inilah antara sifat warak dan budi pekertinya.
6IlalIlmu ini membawa maksud kecacatan yang tersembunyi dalam hadis. Merupakan ilmu yang begitu terperinci dan paling rumit kerana tersembunyi. Melalui intipati pengetahuan beliau itulah telah terhasilnya kitab beliau yang agung iaitu Kitab As-Sahih. Ahli hadis yang tidak memahami serta tidak memberi pengamatan yang baik terhadap ilmu ini maka kebiasaannya ia tidak mampu untuk menyusun kitab hadis yang membezakan antara hadis sahih dan tidak sahih.
7BahasaImam Bukhari tidak masyhur atau cemerlang dengan ilmu bahasa kerana beliau sibuk dengan ilmu lain tetapi beliau pada zahirnya telah menguasai sebahagian ilmu tersebut yang merupakan ilmu alat semestinya dikuasai untuk mendalami serta memahami ilmu lain. Tanda-tanda yang menunjukkan bahawa beliau menguasai ilmu bahasa ialah sebagaimana yang telah beliau tulis dibeberapa tempat dalam Kitab As-Sahih berhubung dengan tafsir ayat-ayat Al-Quran yang susah serta gesaan beliau.

Keistimewaan Memeluk Islam

SABDA Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwuduk dengan wuduk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan rukuknya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”
Riwayat Muslim
Huraian:
  • Agak menghairankan apabila didapati ada orang yang mengerjakan sembahyang, tetapi masih tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat. Mengapa? Jawapannya adalah kemungkinan besar kerana sembahyang yang dikerjakan itu sebenarnya tidak ikhlas kepada Allah melainkan untuk menunjuk-nunjuk, riyak dan takbur. Sembahyang yang sedemikian ini sama sekali tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap jiwa dan pembentukan peribadi serta tidak dapat menjamin serta mendinding diri daripada melakukan perkara-perkara negatif dan maksiat.
  • Sesungguhnya sembahyang dalam erti kata yang sebenar ialah sembahyang yang dikerjakan dengan hati yang khusyuk dan menghayati setiap apa yang dibaca. Hasilnya ia berupaya mendidik seseorang kepada pembangunan sahsiah muslim yang sejati. Hal ini bermula dengan berwuduk yang menganjurkan kebersihan tubuh badan serta pakaian, sehinggalah kepada geraklaku dan tatatertib khusus yang perlu diiltizamkan oleh orang yang sembahyang.
  • Sembahyang berjamaah contohnya, mendidik seseorang itu mematuhi seorang ketua yang tidak harus bagi seorang makmum mendahului imam dalam apa jua geraklakunya. Manakala dari hal menjaga saf-saf ketika bersembahyang pula memberikan satu pengajaran tentang kepentingan perpaduan dalam suatu masyarakat yang dipimpin.
  • Selain kebersihan zahir, sembahyang juga mampu melupuskan kotoran dosa yang pernah dilakukan kerana sembahyang merupakan satu-satunya peluang keemasan untuk setiap hamba mencari pengampunan dari tuhan-Nya. Usaha ini diseiringkan dengan amalan zikir dan doa-doa yang dibaca sewaktu sembahyang di mana ia akan menguatkan lagi hubungan dengan Allah S.W.T.